Sunday, February 12, 2017

Mesti Baca: 3 Kelebihan REFINANCE RUMAH



Setelah bertahun membayar ansuran pembiayaan perumahan, selalunya baki hutang di bank pasti akan berkurangan. Dalam masa yang sama, nilai harga pasaran rumah akan meningkat juga. Ini memberi peluang kepada kita untuk refinance rumah.

Ramai sangat bertanya SRR (Servis Refinance Rumah), “Berbaloi ker Refinance Rumah nie?”
Jawapan nie agak susah nak jawap sebabnya setiap orang ada kisah yang berlainan. Cuma anda yang mengetahui, patutkah anda refinance rumah?

Di sini SRR akan memberi sedikit ilmu mengenai refinance rumah. Moga-moga dapat membantu anda dalam membuat keputusan nanti.

Kebanyakkan orang refinance rumah sebab nak dapat “cash out” atau erti kata lain duit lebihan dari refinance rumah. Tetapi ada juga segelintir yang nak refinance rumah sebab kadar faedah bank yang tinggi (high interest rates).


Ada jugak kes-kes yang menyedihkan, bayar ansuran rumah selama beberapa tahun, baki hutang bukan turun tetapi semakin tinggi. Ini kebanyakkan terjadi dengan Islamic Bank yang mengamalkan Konsep Pembiayaan Islam yang lama.  Kalau anda antara pelanggan yang terkena, sebaiknya refinance ke Konsep Pembiayaan Islam yang baru seperti sekarang, konsep musyarakah mutanaqisah.

Duit daripada cash out pembiayaan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan,mari kita lihat 3 Kelebihan Refinance Rumah 2017 disini:

1.EXTRA CASH ( Duit lebihan dari refinance rumah)
Tak payah diwal-walkan lagi memang dah ramai yang mengetahui bahawa duit patut dilaburkan pada pelaburan yang menguntungkan. Tapi dimanakah tempat yang patut anda laburkan?
Amanah Saham Berhad (ASB) adalah salah satu tempat yang sangat ideal untuk membuat pelaburan kerana kadar dividen yang agak tinggi setiap tahun 8-9%. Tabung haji juga menawarkan faedah yang agak konsisten dalam 6-8% setiap tahun. Wahalnya, kadar faedah pinjaman perumahan hanya 4.xx% setahun.Oleh itu, kadar keuntungan anda adalah dalam purata 3-4% setahun.

2.DEBT CONSOLIDATION ( Penggabungan semua hutang menjadi satu)
Debt Consolidation atau penggabungan semua hutang menjadi satu ialah mengunakan wang lebihan dari refinance untuk membayar hutang-hutang lain seperti hutang kad kredit, pinjaman peribadi, overdraft dan lain-lain.
Kadar faedah untuk refinance adalah lebih rendah daripada pinjaman peribadi dan pinjaman lain. Setelah membayar pinjaman yang lain, anda hanya berbaki satu hutang sahaja iaitu hutang pinjaman perumahan. Oleh itu proses ini digelar debt consolidation (penggabungan semua hutang kepada satu hutang).

3.KOS FAEDAH YANG LEBIH RENDAH
Kos faedah yang tinggi juga menjadi sebab utama mengapa ramai orang refinance rumah. Kos faedah pinjaman perumahan yang tinggi boleh membebankan dan bayangkan penjimatan jangka panjang yang kadang-kadang hampir menyamai harga sebuah kereta.
Andai kata, kaedah faedah perumahan anda melebihi 5% setahun maka anda adalah golongan yang patut mempertimbangkan untuk refinance rumah.
Bukan sahaja duit hasil dari penjimatan boleh memberi anda peluang untuk membuat pelaburan baru tetapi anda boleh mengunakannya untuk membiayai kos pendidikan anak-anak atau mengubahsuai rumah dan sekaligus menaikkan lagi nilai rumah anda.


Perlukan Khidmat Konsultasi Servis Refinance Rumah? http://servisrefinancerumah.blogspot.my/
Sila hubungi free konsultasi 011 213 20619 - Siti


No comments:

Post a Comment

Featured Post

Refinance Dapat Turunkan Interest???

Ada yang bertanya berkenaan kempen kami berkenaan  # pembiayaanSemula  dan dapatkan  # lebihanTunai  atau cash out. "Boleh ke ...