Pages

Jangan Biarkan Harta Anda Dibekukan

Jangan Biarkan Harta Anda Dibekukan

Thursday, February 2, 2017

Cara Dapatkan Harga Pasaran Semasa



Kelebihan memiliki hartanah ialah peningkatan nilai pasaran setiap tahun. Jika dilihat pada hari ni rata-rata rumah yang dijual pada harga RM 400,000, dibeli pada harga RM 200,000. Peningkatan ini hanya dalam 3-4 tahun sahaja.

“Jadi apa kaitan dengan pembiayaan semula hartanah?”

Harga pasaran semasa penting bagi anda yang merancang untuk pembiayaan semula bagi mendapatkan lebihan tunai. Berikut cara mendapatkan harga pasaran semasa :

1. Rujuk Iklan Rumah Untuk Dijual
Guna enjin carian google bagi mendapat info berkenaan rumah untuk dijual di kawasan anda. Selain itu boleh rujuk portal jual beli hartanah seperti iproperty, propertyguru, propwall atau mudah.my.
Cuba dapatkan 2-3 iklan yang hampir sama dengan rumah anda. Anggaran harga pasaran kebiasaannya kurang RM 5,000 ke RM 10,000 dari harga iklan tersebut.

2. Ejen Hartanah
Daripada iklan rumah untuk dijual seperti di #1, boleh hubungi ejen hartanah tersebut berkenaan harga pasaran semasa. Selalunya ejen hartanah akan mendapatkan harga pasaran semasa sebelum naikkan iklan.

3. Pegawai Bank
Anda boleh pergi terus ke cawangan bank berhampiran. Sekiranya pegawai bank tersebut tidak maklumat mengenai harga pasaran rumah anda, pegawai tersebut akan rujuk panel jurunilai bank tersebut.

4. Rujuk Jurunilai Berdaftar
Yang terbaiknya rujuk terus jurunilai berdaftar seperti Nilai Harta, Jurunilai Bersekutu, IPC Property Consultant dan banyak lagi. Bagi penilaian secara lisan tiada caj dikenakan.

Info Diperlukan
Bagi pastikan anda mendapat harga pasaran yang tepat, sila sediakan info berikut
·         jenis rumah
·         alamat penuh
·         luas tanah
·         luas bangunan

·         detail ubahsuai dan kos



Perlukan Khidmat Konsultasi Servis Refinance Rumah? http://servisrefinancerumah.blogspot.my/
Sila hubungi free konsultasi 011 213 20619 - Siti


No comments:

Post a Comment