Pembiayaan Semula atau lebih sinonim disebut ‘refinancing‘,
merupakan salah satu cara pelabur hartanah mendapatkan modal untuk meneruskan
pembelian hartanah berikutnya.
Malah cara ini turut dijadikan silibus pilihan bagi
kebanyakan modul seminar hartanah dan turut dimuatkan ke dalam setiap buku
berkaitan pelaburan hartanah.
Tetapi masih ramai yang kurang pasti tentang keperluan
pembiayaan semula ini. Akibatnya ramai yang sekadar mengikut orang dan
hasilnya, lebihan wang yang diperoleh menjadi sia-sia sahaja.
Bagi memudahkan khalayak pembaca untuk membuat keputusan
berkaitan perkara ini, di sini saya sertakan beberapa faktor yang perlu anda
perhalusi sebelum membuat keputusan samaada perlu atau tidak pembiayaan semula
ini dilakukan.