Pages

Jangan Biarkan Harta Anda Dibekukan

Jangan Biarkan Harta Anda Dibekukan

Wednesday, June 21, 2017

CARA RANCANG KEWANGAN KELUARGA

Tahukah anda setiap apa yang kita ada hari ini, sebenarnya adalah satu keperluan?



Sebagai contoh, jika anda seorang pekerja yang makan gaji. Gaji bulanan anda adalah keperluan kepada anda dan juga seisi keluarga. Adakah anda telah memahami apa yang akan terjadi kepada taraf hidup anda sekeluarga jika ditakdirkan hari ini anda tidak mampu bekerja? Atau lebih teruk jika keluarga anda kehilangan anda sebagai sumber mata pencarian keluarga. Apa akan jadi kepada segala komitmen anda? 


Adakah anda telah disediakan dengan jumlah simpanan atau hibah yang secukupnya untuk keluarga tersayang? Adakah jumlah tersebut mencukupi? Anda telah sediakan backup plan?

Jika anda telah menyediakan sejumlah simpanan di bank atau ASB atau di mana-mana instrumen kewangan berdaftar, adakah anda sanggup menghabiskan wang tersebut? Sedangkan hanya dengan 10% dari gaji tahunan anda, anda boleh mencipta simpanan kecemasan serendah RM500,000 di akaun Takaful AIA Public Takaful. Bagaimana Jika satu hari nanti tiba-tiba orang yang membawa pulang duit perbelanjaan harian kepada keluarga tidak pulang-pulang ke rumah, apa nasib keluarga yang menanti duit belanja tersebut. Hibah sahaja yang dapat membantu. Syarikat Insuran atau Takaful yang akan membantu bukan bank,rakan-rakan,sanak-saudara yang akan memberi cek RM500,000 kepada keluarga anda.


Pernah tak anda terfikir..
Gaji suami : RM3000
Gaji isteri : RM3000
TOTAL : RM6000

Komitmen bulanan :
Sewa Rumah RM800 (anggaran shj)
Kereta 2 biji RM1000
Belanja anak-anak RM800
Perbelanjaan Harian 800
Perbelanjaan seisi keluarga RM1000

Total RM4,400


Balance tinggal lagi RM1,200 untuk simpanan
Then cuba bayangkan suatu hari nanti INCOME SUAMI TERPUTUS SELAMA-LAMANYA disebabkan
1. Kematian (kematian)
2. Penyakit kritikal (kanser, jantung, buah pinggang)
3. Hilang upaya kekal (lumpuh)

RM6000 - RM3000 = RM3000
Akibatnya ISTERI anda terpaksa menanggung 100% perbelanjaan yang ditinggalkan oleh anda!
Gaji isteri RM3000
Total belnja RM4,400
Minus RM1,400
Dan tidak ada lebihan lansung untuk isteri dan anak-anak buat belanja selama sebulan

Jadi fikirkan apa yang mungkin berlaku pada masa akan datang sekirannya salah seorang putus pendapatan dan kemalangan atau sakit dan paling teruk kematian....
Jadi bertindaklah sekarang

Plan HIBAH A-Life Signature-i

Kebanyakkan syarikat takaful mengkehendaki peserta melakukan full medical check up sekiranya ingin mengambil perlindungan sebanyak RM500,000 dan ke atas. Namun bagi plan ini, tidak perlu.
Ciri-ciri:
[✔] Plan Patuh Syariah
[✔] Perlindungan dari RM500,000 (minimum) sehingga RM1.5 juta tanpa pemeriksaan perubatan (bergantung kepada keadaan kesihatan dan umur).
[✔] Sesuai sebagai plan penggantian pendapatan, MRTA/MRTT, dan plan wasiat dan hibah untuk waris.
[✔] Komitment bayaran sesingkat 5,10,20 tahun atau sehingga tempoh matang untuk perlindungan berterusan sehingga maksima usia 100 tahun.
[✔] Pampasan 200% sekiranya kematian semasa menunaikan haji atau umrah.
[✔] Pampasan 300% sekiranya berlaku kematian disebabkan kemalangan sewaktu menaiki kenderaan awam (Bas, LRT,MRT,kapal terbang,keretapi)
[✔] Pendorong Kematangan: Penambahan 20% dari nilai akaun ketika matang.
[✔] Flexibiliti untuk memilih tempoh matang: 70/80/100 tahun.
[✔] Boleh disertakan dengan perlindungan (rider) sakit kritikal (A-Plus CriticalCare-i dan A-Plus Waiver-i).

Contoh illustrasi

Lelaki, Umur  35 Tahun
Tidak Merokok
Executive

Hibah 1 Juta (matang umur 70 Thn)
Tempoh caruman sehingga umur 70 Tahun, RM571.67 sebulan
Jumlah caruman sehingga umur 70 tahun RM240,101
Anggaran Nilai tunai tahun ke 10 - RM53,800
Anggaran Nilai Tunai tahun ke 70 - RM275,160.00

Hibah 500,000 (matang umur 70 Thn)

Tempoh caruman selama 20 Tahun, RM420.00 sebulan
Jumlah caruman selama 20 tahun RM100,800  
Anggaran Nilai tunai tahun ke 10 - RM43,800
Anggaran Nilai Tunai tahun ke 70 - RM185,880

Untuk plan Hibah ini anggaran nilai tunai melebihi jumlah caruman, jadi plan ini adalah percuma sebenarnya. Kerana jumlah caruman akan dapat semula selepas tahun tertentu.


Konsultasi Percuma
Perlukan Nasihat Runding Kewangan Hartanah
Insuran Takaful, Medikal Kad
Sila Hubungi Nasri 019 370 2629

Monday, June 19, 2017

7 KELEBIHAN HIBAH TAKAFUL YANG RAMAI TAK TAHU



Melalui HIBAH, Pemilik boleh beri harta secara sukarela ketika hidup tanpa harapkan balasan.

HIBAH mungkin suatu yang asing dan jarang di dengar masyarakat Islam di negara ini berbanding zakat, sedekah, hadiah, wakaf atau wasiat. Namun, hibah bukanlah instrumen kewangan yang baru kerana sudah wujud sejak awal Islam lagi.

Hibah ialah suatu akad mengandungi pemberian milik seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Hibah diberi atas dasar kasih sayang sesama manusia.

Hibah dibolehkan sama ada kepada ahli keluarga (waris) atau bukan ahli keluarga, hatta kepada bukan Islam. Islam juga tidak menetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan kerana harta yang hendak dihibahkan daripada milik pemberi hibah.

Terpulanglah kepada pemberi hibah membuat pertimbangan terhadap kadar harta yang ingin dihibahkan. Walaupun begitu, jika harta hendak dihibahkan kepada anak-anak, Islam menggalakkan ia dibuat secara adil.

Jumhur ulama Hanafi, Maliki dan Syafie berpendapat, sunat menyamakan pemberian antara anak. Melebihkan pemberian kepada seorang daripada mereka adalah makruh hukumnya, walaupun pemberian itu sah. Menurut mazhab Hanbali, keadilan dalam pemberian hibah kepada anak adalah perkara yang wajib.

Sesuatu akad hibah tidak akan terbentuk melainkan selepas memenuhi empat rukun hibah iaitu pemberi hibah (al-Wahib); penerima hibah (al-Mawhub lahu); barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub) dan sighah iaitu ijab dan kabul. Setiap rukun itu pula mempunyai syarat tertentu.

Disyaratkan pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian, sempurna akal, baligh, mestilah tuan punya barang yang dihibahkan dan mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya. Penerima hibah pula boleh terdiri daripada sesiapa saja asalkan dia mempunyai keupayaan memiliki harta.

Penerima hibah yang belum akil baligh, kanak-kanak atau kurang upaya, hibah boleh dibuat melalui walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hibah juga disyaratkan boleh memegang, menguasai atau mengawal harta dihibahkan.

Barang atau harta yang hendak dihibah hendaklah barang atau harta yang halal, mempunyai nilai di sisi syarak, milik pemberi hibah, boleh diserah milik dan benar-benar wujud semasa dihibahkan.

Barang atau harta yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan daripada penggadai atau peminjam. Manakala, sighah hibah disyaratkan ada persamaan antara ijab dan qabul serta tidak bersyarat.

Menurut mazhab Syafie dan Abu Hanifah, penerimaan barang (al-qabd) adalah syarat sah hibah. Al-qabd bermaksud mendapat sesuatu, menguasainya dan boleh melakukan tasarruf terhadap barang atau harta itu.

Ertinya, akad hibah tidak sempurna dan tidak berkuat kuasa jika sekadar ada ijab dan kabul semata-mata, melainkan selepas berlaku penerimaan barang oleh penerima hibah. Oleh itu, pemberi hibah berhak menarik balik hibah selama mana harta berkenaan berada dalam pemilikannya.

Jika berlaku kematian antara salah satu pihak sebelum penerimaan barang, maka hibah terbatal.

Bagi harta tak alih seperti rumah dan tanah, al-qabd boleh berlaku dengan cara mengosongkan harta itu, menguasainya dan melakukan tasarruf terhadap harta seperti menyerah kunci dan seumpamanya. Bagi harta alih pula, al-qabd boleh berlaku dengan cara mengambil harta itu, memindah atau mengasingkan harta dengan harta lain.

Satu kelebihan hibah berbanding wasiat, seorang boleh menghibahkan hartanya kepada waris atau seseorang lain semasa dia masih hidup dan jumlahnya tidak terhad. Berbanding wasiat, kadar yang boleh diwasiatkan terhad satu pertiga daripada keseluruhan harta dan tidak boleh mewasiatkan harta kepada waris yang tidak berhak menerima pusaka kecuali dengan persetujuan waris lain.

Deklarasi hibah perlu dibuat secara bertulis, dengan khidmat peguam syarie bertauliah, supaya dokumen itu tidak berlawanan dengan hukum syarak dan undang-undang. Hibah secara bertulis atau sempat dilaksanakan semasa pemberi hibah masih hidup mungkin tidak mendatangkan masalah.

Jika isu mengenai hibah timbul selepas pemberi hibah mati dan hibah tidak dibuat secara bertulis, pengesahan status hibah perlu di buat di Mahkamah Syariah. Masalah mungkin timbul ialah saksi tidak cukup, saksi sudah meninggal dunia atau kesaksian yang tidak konsisten.

Hibah dapat membantu ekonomi umat Islam, merapatkan ikatan persaudaraan dan pertalian kasih sayang sesama insan. Konsep hibah wajar disuburkan kembali dalam kehidupan masyarakat masa kini.

Kata orang, harta tidak boleh dibawa mati. Namun, disebabkan harta yang tidak diurus dengan baik berdasarkan peraturan dan hukum Allah semasa hidup, maka roh si mati tidak aman di alam kubur, lantaran waris yang masih hidup berebut sesama sendiri.

Info:

HIBAH

Hibah dibolehkan sama ada kepada ahli keluarga (waris) atau bukan ahli keluarga, hatta kepada bukan Islam.
Jika harta hendak dihibahkan kepada anak, Islam menggalakkan ia dibuat secara adil.
Empat rukun hibah iaitu pemberi hibah (al-Wahib); penerima hibah (al-Mawhub lahu); barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub) dan sighah iaitu ijab dan kabul. Setiap rukun itu pula mempunyai syarat tertentu.
Penerima hibah yang belum akil baligh, kanak-kanak atau kurang upaya, hibah boleh dibuat melalui walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya.
Barang atau harta yang hendak dihibah hendaklah barang atau harta yang halal.
Oleh: Tuan Musa Awang

Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia

(Sumber: www.bharian.com.my)

Kredit Imej: www.buatwasiat.com

Konsultasi Percuma
Perlukan Nasihat Runding Kewangan Hartanah
Insuran Takaful, Medikal Kad
Sila Hubungi Nasri 019 370 2629

SUDAH KAH ANDA MEMBUAT HIBAH?


Hibah dapat menyelesaikan masalah-masalah biasa yang dihadapi oleh waris apabila berlakunya kematian seseorang seperti :-
  1. Mengelakkan proses di mahkamah yang panjang dan memerlukan kos guaman
  2. Mengelakkan perebutan harta sesama ahli keluarga kecil dan besar
  3. Hilang minat menguruskan harta si mati memandangkan proses yang pelbagai dan leceh
  4. Bermasam muka sesama ahli keluarga sendiri
  5. Harta tidak dituntut langsung oleh waris
Mengapa perlu gunakan hibah takaful? Jawapan ini sungguh popular tetapi masih ramai yang mengambil ringan soal ini. Selepas dari kematian seseorang, ada beberapa perkara yang perlu disegerakan :-
  1. Hal pengurusan jenazah hingga dikebumikan
  2. Hal pembahagian harta pusaka
  3. Hal penyelesaian hutang-piutang
Bagaimanakah hendak menyelesaikan hal-hal di atas sekiranya waris ketiadaan wang lebih-lebih lagi hal hutang-piutang yang ditinggalkan? Di sinilah wang manfaat yang dihibahkan melalui takaful sangat-sangat membantu! Bayangkan dalam masa kurang dari sebulan, wang manfaat dari sijil takaful telah diterima terus ke akaun penama. Sudah tentulah banyak hal boleh diselesaikan!
Kehidupan dan masa depan keluarga juga terjamin dengan adanya wang manfaat yang telah dihibah terus kepada isteri sebagai contohnya. Tidak perlu proses akuan pindahmilik.
Berapa banyak yang perlu dihibahkan? Hibahkanlah seberapa banyak yang mencukupi untuk keperluan keluarga mengikut kemampuan kita. Seeloknya untuk 10 tahun. Paling tidak pun 3 tahun. Atau selemah-lemahnya kita, hibahkanlah untuk keperluan 1 tahun keluarga kita bertepatan dengan firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 240.
baqarah-240
Konsultasi Percuma
Perlukan Nasihat Runding Kewangan Hartanah
Insuran Takaful, Medikal Kad
Sila Hubungi Nasri 019 370 2629

5 Sebab Mengapa Ibubapa Kena ada Hibah Takaful

Pernah tak kita terfikir apabila keluar bekerja mencari rezeki untuk keluarga tetapi tanpa kita duga kita "terpaksa meninggalkan" anak-anak tanpa sebarang bekalan untuk anak-anak meneruskan kehidupan seharian.  Bahkan jika kita terlupa untuk memberi duit belanja sekolah sehari kepada anak-anak kita sekali pun kita akan berasa tak senang duduk di tempat kerja.  Inikan pula kita tak dapt menyediakan perbelanjaan untuk mereka seumur hidup. Apakah nasib anak-anak kita. Apakah pilihan yang kita ada semasa kita hidup untuk mengurangkan risiko seperti ini. Bagaimana cara untuk kita menyediakan satu dana kecemasan untuk mereka, yang mana dana tersebut bukanlah pinjaman dari bank. Semua jawapan untuk soalan di atas  hanya satu iaitu MENCARUM DALAM TAKAFUL MELALUI PLAN  HIBAH.  Mencarumlah Takaful sementara kita sihat dan berkemampuan untuk masa depan keluarga tercinta. Apabila seseorang meninggal dunia, dengan mencarum untuk plan HIBAH ia boleh mengatasi: 

- Pembahagian Faraid.
- Masalah perebutan harta pusaka.
- Masalah kewangan kerana Akaun bank dibekukan.
- Melangsaikan hutang si mati.
- Dana pendidikan anak-anak tersedia.
- Menyediakan Dana persaraan untuk ibu bapa yang membesarkan kita.

Jadi, apa pilihan anda ?



Konsultasi Percuma
Perlukan Nasihat Runding Kewangan Hartanah
Insuran Takaful, Medikal Kad
Sila Hubungi Nasri 019 370 2629

Monday, April 17, 2017

Mengapa Orang Buat Refinancing Caranya Bagaimana


Pembiayaan semula rumah atau refinancing adalah satu proses pertukaran gadaian dari satu institusi kewangan ke institusi kewangan yang lain. Contoh institusi kewangan di malaysia seperti bank, MBSB, syarikat atau organisasi yang menyediakan pakej pembiayaan kepada kakitangan. Selain itu juga, rumah yang tidak mempunyai gadaian dengan mana-mana institusi kewangan juga boleh membuat pembiayaan semula.

Pembiayaan semula rumah mempunyai kelebihan dan kelemahannya. Bagi pelabur hartanah, pembiayaan semula hartanah adalah satu teknik bagi menambah koleksi hartanah apabila hasil daripada pembiayaan semula dijadikan modal bagi membeli rumah. Sebaliknya bagi orang yang tidak bijak menguruskan kewangan, pembiayaan semula akan meningkatkan bebanan hutang untuk jangkamasa pendek dan panjang. Oleh itu pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu atau mendapatkan nasihat daripada perunding kewangan yang bertauliah.

Tips Ketahui Harga Rumah Terkini



Adakah bila anda renovate rumah, harga semasa rumah anda akan meningkat?
Hari ni admin nak share bagaimana nak dapatkan harga pasaran rumah sekarang. Harga pasaran rumah adalah penting supaya kita dapat bayaran yang setimpal bila kita biaya semula atau refinace rumah kita.

Harga pasaran semasa penting bagi anda yang merancang untuk pembiayaan semula bagi mendapatkan lebihan tunai. Berikut cara mendapatkan harga pasaran semasa :

# 1. Rujuk Iklan Rumah Untuk Dijual
Guna enjin carian google bagi mendapat info berkenaan rumah untuk dijual di kawasan anda. Selain itu boleh rujuk portal jual beli hartanah seperti iproperty, propertyguru, propwall atau mudah.my.
Cuba dapatkan 2-3 iklan yang hampir sama dengan rumah anda. Anggaran harga pasaran kebiasaannya kurang RM 5,000 ke RM 10,000 dari harga iklan tersebut.

#2. Ejen Hartanah
Daripada iklan rumah untuk dijual seperti di #1, boleh hubungi ejen hartanah tersebut berkenaan harga pasaran semasa. Selalunya ejen hartanah akan mendapatkan harga pasaran semasa sebelum naikkan iklan.

#3. Pegawai Bank
Anda boleh pergi terus ke cawangan bank berhampiran. Sekiranya pegawai bank tersebut tidak maklumat mengenai harga pasaran rumah anda, pegawai tersebut akan rujuk panel jurunilai bank tersebut.

Sunday, March 12, 2017

Tip Turunkan Bayaran Bulanan Pembiayaan Rumah



Anda berminat nak dapatkan Tip Turunkan Bayaran Bulanan Pembiayaan Rumah?
Antara kelebihannya :