Diharapkan tulisan ini dapat memberi panduan kepada anda
yang merancang membuat pembiayaan semula @ refinance rumah bagi mendapatkan
lebihan tunai.
Rata-rata orang ramai agak keliru dengan maklumat sekeliling
apabila Bank Negara mengumumkan polisi terbaru berkaitan lebihan tunai. Info
lanjut berkenaan polisi tersebut layari di sini.
Info penting yang perlu anda ketahui, pembiayaan semula
masih boleh dibuat seperti biasa. Cuma perbezaannya pada jumlah lebih tunai
yang boleh diperolehi.
Fakta Lebihan Tunai
Berikut adalah fakta yang perlu sebelum lakukan pembiayaan
semula.
1. Harga Pasaran
Margin pembiayaan bank adalah 90% daripada harga pasaran
semasa rumah. Ini adalah jumlah maksimum bagi pembiayaan yang baru. Nak
dapatkan harga pasaran terkini layari Tips Dapatkan Harga Pasaran Semasa.
2. Kiraan Bayaran Bulanan
Info yang terkini, kiraan bayaran bulanan adalah sama
seperti polisi lebihan tunai diumumkan.
Sebagai contoh
Baki Semasa : RM 300,000
Lebihan Tunai Diperlukan : RM 50,000
Maka pembiayaan yang baru adalah RM 350,000 dan bayaran
bulanan adalah +- RM 1,700 selama 30 tahun. Kira bayaran anda di Gohartanah
Apps (GAPPS)
Dengan pelaksanaan ini, maka tiada isu bayaran bulanan akan
lebih tinggi
3. Jumlah Lebihan Tunai
Ini adalah elemen utama yang perlu diambil perhatian. Debt
Service Ratio (DSR) akan dikira secara
berasingan di mana baki pembiayaan
akan berdasarkan 30 tahun atau 35 tahun, manakala lebihan tunai akan dikira berdasarkan tempoh 10 tahun.
Seperti
contoh.
Baki Semasa adalah RM 300,000, maka bayaran bulanan RM 1,450
untuk 30 tahun.
Lebihan Tunai RM 50,000, maka bayaran bulanan RM 510 untuk 10 tahun.
Oleh itu bagi kiraan DSR, pihak bank akan menggunakan RM
1,450 dan RM 510 iaitu RM 1,960 sebagai komitmen baru selepas pembiayaan semula
Konsultasi Percuma
Perlukan Nasihat Runding Kewangan Hartanah
Insuran Takaful, Medikal Kad
Sila Hubungi Nasri 019 370 2629
No comments:
Post a Comment