Bila Waktu Sesuai Buat Pembiayaan Semula?
Kenapa nak refinance? berbaloi atau tidak? Ada penalti? Kos-kos lain?
Tiada jawapan yang satu bagi persoalan di atas. Ia
bergantung kepada objektif anda bagi melakukan pembiayaan semula. Antaranya
objektif pembiayaan semula seperti mendapatkan lebihan tunai, jimatkan
interest, tukar daripada sistem konvensional kepada perbankan Islam, satukan
hutang dan macam-macam lagi.
Lebihan Tunai
Bagi anda yang merancang untuk dapatkan lebihan tunai, waktu
yang sesuai untuk buat pembiayaan semula adalah selepas 3 ke 5 tahun. Ini
kerana tempoh lock-in period sudah tamat.
Sementara itu harga pasaran pula ada peningkatan dan ini
akan memberi ruang kepada kita mendapatkan lebihan tunai. Wang tunai yang akan
anda dapat adalah perbezaan harga pasaran semasa dengan baki pembiayaan. Dalam
tempoh ini juga baki pembiayaan semasa sudah berkurangan.
Sekiranya ada keperluan mendapatkan wang tunai samada untuk
pelaburan, membeli rumah seterusnya, menambah modal perniagaan boleh mencuba
cara ini. Info lanjut layari pembiayaan semula bagi mendapatkan lebihan tunai.
Konvensional ke
Perbankan Islam
Setiap muslim wajib memilih produk kewangan Islam. Ini
kerana sistem riba adalah haram. Oleh itu tiada alasan untuk kekal menggunakan
sistem bank konvensional.
Maka anda perlu tukar ke perbankan Islam hari ini juga. Moga
Allah SWT permudahkan urusan baik anda.
Ada pun begitu, ada beberapa perkara yang perlu diambil
perhatian seperti tempoh lock-in period. Sebab sekiranya masih dalam tempoh
lock-in period pasti ada penalti dikenakan. Kebiasaanya 5% daripada jumlah
pinjaman asal.
Selain itu juga, pembiayaan semula ada beberapa kos yang
perlu ditanggung antaranya kos guaman, duti setem, laporan penilaian dan
sebagainya.
Sekiranya kos-kos ini termasuk penalti boleh dimasukkan ke
dalam pembiayaan yang baru, perkara ini menjadi lebih mudah kerana tidak perlu
keluarkan duit poket sendiri.
Sekiranya berminat dapatkan info lanjut berkenaan Saya Suka
Perbankan Islam.
Jimat Interest
Rujuk semula surat tawaran bank atau hubungi cawangan bank
bagi dapatkan kadar interest semasa. Sekiranya lebih daripada 5%, sebenarnya
anda telah membayar kadar interest yang tinggi. Kadar interest semasa adalah
4.2%- 4.8% bergantung kepada jumlah pembiayaan.
Sekiranya anda membeli rumah 5 tahun yang lepas, anda berada
dalam kelompok pembayar interest yang tinggi. Jadi lakukan penjimatan sekarang
dengan membuat pembiayaan semula. Kelebihan yang akan diperolehi ialah tempoh
pembiayaan dapat dikurangkan atau bayaran bulanan lebih rendah.
Sekiranya berminat dapatkan info pembiayaan semula bagi
jimatkan kadar interest.
Perlukan Khidmat Konsultasi Servis Refinance Rumah? http://servisrefinancerumah.blogspot.my/
Sila hubungi free konsultasi 011 213 20619 - Siti
Sila hubungi free konsultasi 011 213 20619 - Siti
No comments:
Post a Comment