Berapa banyak modal yang perlu ada untuk membeli rumah? Ini pecahan item yang diperlukan untuk memodalkan pembelian rumah anda. Adakah anda perlukan rumah yang ke dua?
Down payment 10%. Down payment ini dipecahkan kepada dua bahagian biasanya, 3% dan kemudian 7%. 3% untuk booking, kemudian dalam tempoh masa yang ditetapkan, langsaikan 7% tu dulu.
Kos perjanjian jual beli (sales & purchase agreement atau S&P) dan duti setem. Nak senang kira, kos ni dalam 3% daripada harga rumah. Kena bayar sendiri kecuali kalau beli rumah under construction, mungkin pemaju akan menanggung kos ni. Pembeli tandatangan je.
Kos berkaitan pinjaman iaitu berjanjian pinjaman dan duti setem pinjaman. Yang ni boleh dimasukkan ke dalam loan. Yang ni lebih kurang dalam 2.5%.
Valuation fees atau kos untuk membayar jurunilai rumah menilai harga pasaran rumah anda. Bank memerlukan jurunilai panel mereka menilai harga rumah anda dan akan memberikan loan berdasarkan nilai rumah yang diberikan oleh jurunilai tadi. Biasanya kos ini dimasukkan sekali dalam loan. Yang ni 0.25% daripada harga rumah bagi rumah.
Fee agen hartanah sebanyak 2.75%. Biasanya penjual yang kena bayar. Tapi boleh jadi pembeli kena bayar. Kena pastikan benda ni dengan agen sebelum membeli.
Takaful. Fungsi takaful adalah untuk memastikan rumah tersebut menjadi milik pewaris anda sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal kepada anda. Ada dua jenis takaful, satu boleh dimasukkan dalam loan dan satu lagi tak boleh. Rujuk entri MLTT vs MRTT untuk penerangan penuh.
Kesimpulannya daripada di atas, modal untuk membeli rumah adalah 15 – 16% daripada harga rumah (10% deposit + 3% S&P + 2.5% loan + 0.25% valuation).
Jangan Biarkan Harta Anda Dibekukan
Saturday, December 31, 2016
Bagaimana Cara Mengetahui Harga Pasaran Rumah
Ketahui Harga Pasaran Rumah Anda
Sebenarnya, ada pelbagai cara untuk mengetahui harga pasaran rumah. Salah satu adalah memberi maklumat rumah anda kepada kami dan kami boleh menolong untuk mencari harga pasaran.
Andai kata, anda ingin mengetahui dalam anggaran harga. Anda boleh melayari laman web www.iproperty.com. Disini anda boleh mengetahui harga rumah yang dijual sekarang.
Katakan harga rumah RM300,000 dijual di laman web ini. Anda bolehlah menurunkan 15% -20% dari harga yang dijual.
Sebagai contoh RM300k x 20% = RM240,000 adalah anggaran harga rumah anda. Ini kerana, kebanyakkan penjual rumah selalu menjual dengan harga yang agak tinggi dari harga pasaran.
Di sini saya cuba menerangkan beberapa method yang kita boleh gunapakai untuk menentukan harga pasaran. Boleh pilih ikut kesesuaian sendiri.
Cara Baca CCRIS Report Untuk Pinjaman Rumah
Sekiranya anda membuat pertimbangkan untuk Refinance Rumah bagi mendapatkan duit tambahan bagi menyelesaikan pinjaman peribadi, kredit kad, pengubahansuaian rumah atau untuk bantuan perubatan dan sebagainya.
Mungkin ramai yang ingin refinance rumah tetapi tidak tahu di mana ingin dimulakan. Usah risau atau panik, baca artikel ini dan semoga anda mendapat panduan.
1. Semak CCRIS Report
Ya, semak CCRIS report. Kenapa penulis meletakkan sebagai tugasan yang paling penting?
Kerana CCRIS report memainkan peranan yang agak besar, andai kata anda mempunyai CCRIS report yang kurang cantik. Anda tidak boleh meneruskan untuk “ Refinance Rumah”, walaupun rumah anda bernilai RM1 juta pun tak berguna kerana tiada bank yang ingin memberi kelulusan.
Tapi usah risau, kadang kadang ada cara “ ajaib” untuk menolong anda begantung kepada sebab CCRIS anda “ tak cantik”. Kami akan cuba sedaya yang mampu.
Untuk anda yang tidak mengetahui “CCRIS Report”, CCRIS Report menunjukkan karakter pembayaran balik pinjaman anda, andai kata pinjaman peribadi sudah 2 bulan tidak berbayar, maka report ini akan menyatakan 2 bulan tunggakkan.
CCRIS report boleh menunjukkan pembayaran balik selama setahun. Dalam masa setahun setiap pembayaran pinjaman dengan bank akan direkodkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ok. Kali ini saya ingin kongsikan cara-cara refinance rumah atau kata lain gadai rumah yang dibeli kepada bank baharu@ jika rumah te...
-
ANDA ADA HARTA, ADA RUMAH? WAJIB TAHU TENTANG PEMBAHAGIAN HARTA APAKAH KELEBIHAN HIBAH TAKAFUL? Penama adalah penerima mutlak. Pampasan ...
-
Objektif ini juga dikenali sebagai Debt Consolidation. Ini bermaksud semua hutang seperti kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman kereta...