Pages

Jangan Biarkan Harta Anda Dibekukan

Jangan Biarkan Harta Anda Dibekukan

Monday, February 27, 2017

6 Faktor Perlu Pembiayaan Semula (Refinancing)



Pembiayaan Semula atau lebih sinonim disebut ‘refinancing‘, merupakan salah satu cara pelabur hartanah mendapatkan modal untuk meneruskan pembelian hartanah berikutnya.
Malah cara ini turut dijadikan silibus pilihan bagi kebanyakan modul seminar hartanah dan turut dimuatkan ke dalam setiap buku berkaitan pelaburan hartanah.
Tetapi masih ramai yang kurang pasti tentang keperluan pembiayaan semula ini. Akibatnya ramai yang sekadar mengikut orang dan hasilnya, lebihan wang yang diperoleh menjadi sia-sia sahaja.
Bagi memudahkan khalayak pembaca untuk membuat keputusan berkaitan perkara ini, di sini saya sertakan beberapa faktor yang perlu anda perhalusi sebelum membuat keputusan samaada perlu atau tidak pembiayaan semula ini dilakukan.


1 – Tujuan Pembiayaan Semula
Ini merupakan faktor terpenting yang perlu diambil kira sebelum keputusan pembiayaan semula dibuat.
Pastikan anda mendapat keuntungan daripada proses ini sama ada menerusi lebihan wang yang diperoleh, mahu pun daripada pengurangan installment bulanan yang bakal dikenakan.

2 – Nilai Semasa (Current Market Value) yang Tinggi
Sekiranya anda menginginkan lebihan wang diterima daripada proses pembiayaan semula ini, pastikan rumah anda mempunyai nilai semasa yang tinggi. Kerana hanya dengan cara ini akan memungkinkan anda memperoleh lebihan wang yang anda ingini.
Walau bagaimanapun,sekiranya anda hanya inginkan installment bulanan yang rendah daripada proses ini, maka faktor berikut menjadi faktor yang agak penting untuk diambil kira.

3 – Kadar Keuntungan (Interest Rate) yang Rendah
Tiada gunanya jika anda membiayai semula rumah anda pada kadar keuntungan yang lebih tinggi, melainkan janaan lebihan wang yang bakal anda peroleh mampu untuk membayar installment pada kadar tinggi tersebut.
Apa pun adalah lebih baik sekiranya anda hanya membuat pembiayaan semula, sekiranya kadar keuntungan berada dalam keadaan yang lebih rendah daripada pinjaman yang sebelumnya.
Kerana selain daripada installment yang rendah, anda juga dapat menjimatkan jumlah ‘bunga’ yang bakal dikenakan ke atas anda.

4 – Aliran Tunai Positif
Faktor ini sebenarnya berkait rapat dengan interest rate di atas.
Di mana sekiranya pembiayaan semula dilakukan, adalah perlu untuk anda melihat letak duduknya aliran tunai anda. Sebarang kenaikan dari segi installment bulanan hendaklah mampu ditampung oleh anda, sama ada dari wang poket sendiri mahu pun keuntungan hasil dari lebihan wang yang anda peroleh dari pembiayaan semula ini.
Ingat, pastikan yang aliran tunai anda tidak akan terganggung dengan pertambahan jumlah installment bulanan tersebut. Kerana apa guna anda membiayai semula rumah anda sekiranya ianya bakal menyesakkan cashflow bulanan anda.

5 – Rekod Pembayaran Lampau
Lupakanlah sahaja hasrat anda untuk membuat pembiayaan semula sekiranya rekod pembayaran bulanan anda tidak ‘secantik’ yang bank harapkan.
 ‘Cantik’ di sini bermaksud pembayaran bulanan yang tidak pernah tertunggak yang bakal memudahkan pembiayaan semula anda ini diluluskan.

6 – Kos Pembiayaan Semula
Ramai melupakan faktor ini kerana masing-masing sudah memikirkan lebihan wang yang bakal diperoleh. Bagi mereka yang kos guaman dan yuran penilaiannya (valuation fee) ditanggung oleh pihak bank, mereka boleh menarik nafas lega.

Tetapi bagi bank yang tidak menyediakan pakej sedemikian, maka anda perlu mula memikirkan jumlah yang perlu dibayar sebelum lebihan tersebut anda peroleh.

Konsultasi Percuma
Perlukan Nasihat Runding Kewangan Hartanah
Insuran Takaful, Medikal Kad
Sila Hubungi Nasri 019 370 2629

1 comment:

  1. My husband and I had a very bad credit when we were deep into the financial jurists to what extent we applied for bankruptcy, we had little or no money to send our daughter to emily to a college that we could not afford. We control payday loans (loan companies), which have helped people like us, get mortgage changes. Each company we contacted wanted a previous fee of $ 1,000 to $ 2,000 that we could not afford. Because we thought we had no hope of choosing to sell or lose your home by closing it. Then I came across a local magazine and the cover was a Loan Bonding Corporation. The three main steps; 1. You submit an electronic application. E-mail: albakerloanfirm@gmail.com 2. Provide the correct means of identification as to whether your citizen holds an identity card or driving license and your bank account information. 3. The loan is processed, approved and transmitted. The long story was shortened, they helped get a loan at a fixed rate of 4% and modified with revised payments. They also gave their daughters a student loan to complete my college's full paycheck. We worked with Lasson's loan, who warned us about the progress of the whole world. he did all the paperwork, phone calls, etc. They did it all and we got a loan that we accept. When I agree to their loan terms and I submitted the details of my bank, I paid an affordable price for these services. We would not have been able to get it as simple and affordable as it was through their transformation process with our knowledge. I did not have time to thank you, so THANK YOU! I could not have asked a better team. I'm up to date on refinancing. Best for you, moving mortgage If you have a problem like us, contact a loan settlement corporation. They can work. Sincerely, Timothy and Maria Adopted on march 17, 2018 in Columbus, GA

    ReplyDelete