Pages

Jangan Biarkan Harta Anda Dibekukan

Jangan Biarkan Harta Anda Dibekukan

Monday, January 16, 2017

4 Teknik Dapatkan Harga Semasa Rumah




Hari ni admin nak share bagaimana nak dapatkan harga pasaran rumah sekarang. Harga pasaran rumah adalah penting supaya kita dapat bayaran yang setimpal bila kita biaya semula atau refinace rumah kita.

Harga pasaran semasa penting bagi anda yang merancang untuk pembiayaan semula bagi mendapatkan lebihan tunai. Berikut cara mendapatkan harga pasaran semasa :

# 1. Rujuk Iklan Rumah Untuk Dijual
Guna enjin carian google bagi mendapat info berkenaan rumah untuk dijual di kawasan anda. Selain itu boleh rujuk portal jual beli hartanah seperti iproperty, propertyguru, propwall atau mudah.my.
Cuba dapatkan 2-3 iklan yang hampir sama dengan rumah anda. Anggaran harga pasaran kebiasaannya kurang RM 5,000 ke RM 10,000 dari harga iklan tersebut.

#2. Ejen Hartanah
Daripada iklan rumah untuk dijual seperti di #1, boleh hubungi ejen hartanah tersebut berkenaan harga pasaran semasa. Selalunya ejen hartanah akan mendapatkan harga pasaran semasa sebelum naikkan iklan.

#3. Pegawai Bank
Anda boleh pergi terus ke cawangan bank berhampiran. Sekiranya pegawai bank tersebut tidak maklumat mengenai harga pasaran rumah anda, pegawai tersebut akan rujuk panel jurunilai bank tersebut.



#4. Rujuk Jurunilai Berdaftar
Yang terbaiknya rujuk terus jurunilai berdaftar seperti Nilai Harta, Jurunilai Bersekutu, IPC Property Consultant dan banyak lagi. Bagi penilaian secara lisan tiada caj dikenakan.


Konsultasi Percuma
Perlukan Nasihat Runding Kewangan Hartanah
Insuran Takaful, Medikal Kad
Sila Hubungi Nasri 019 370 2629

No comments:

Post a Comment