Pages

Jangan Biarkan Harta Anda Dibekukan

Jangan Biarkan Harta Anda Dibekukan

Thursday, February 9, 2017

Kelebihan-Kelebihan Membiayai Semula Pinjaman Rumah Anda



Mengurangkan Faedah Pinjaman Rumah Anda
Mengambil kesempatan atas perubahan dalam Kadar Pinjaman Asas (yang mempengaruhi kadar faedah pinjaman rumah), pembiayaan semula adalah cara terbaik untuk mengurangkan ansuran bulanan pinjaman rumah anda sekiranya anda memohon ketika KPA menurun atau ketika kadar faedah yang lebih baik ditawarkan oleh bank.


Contoh: katakan pinjaman rumah anda mempunyai kadar faedah tetap 6.6% p.a., dan kadar faedah semasa bagi pembiayaan semula ialah 4.4%; anda akan membayar kurang 2.2% faedah setiap tahun sepanjang tempoh pinjaman anda  jika anda memilih pembiayaan semula.Melihat secara perspektif, 2.2% daripada RM400,000 (cth nilai unit kondo kos sederhana di Cheras) adalah RM8,800!

Melanjutkan Tempoh Pinjaman Anda
Pembiayaan semula pinjaman rumah membolehkan anda mengubah tempoh pinjaman anda bergantung kepada keperluan semasa anda. Jika anda mempunyai isu-isu aliran wang bulanan, mengambil pelan pembiayaan semula dengan tempoh pinjaman yang lebih panjang membolehkan anda membayar dengan jumlah wang yang lebih kecil dalam ansuran bulanan, dan meninggalkan lebih banyak baki daripada pendapatan bulanan anda untuk kegunaan peribadi. Ini sangat berguna terutamanya bila komitmen anda bertambah, seperti membeli kereta baru atau membayar kemasukan anak ke pendidikan tertiari.

Memendekkan Tempoh Pinjaman Anda
Sebagai sambungan daripada poin sebelum ini, katakan anda sekarang lebih stabil dari segi kewangan berbanding dengan pertama kali anda mengambil pinjaman rumah, dan anda berfikir untuk mengurangkan tempoh pinjaman anda (cth daripada 30 tahun ke 10 tahun) untuk menjimatkan kos faedah anda; pembiayaan semula pinjaman rumah adalah pilihan yang membolehkan anda berbuat demikian, terutamanya jika anda pada ketika ini terlibat dengan pakej pinjaman rumah tanpa pilihan-pilihan bayaran pendahuluan yang fleksibel.

Bertukar Daripada Kadar Tetap ke Kadar Bolehubah Dan Sebaliknya
Bergantung kepada jenis pakej yang anda pilih, pinjaman rumah anda mungkin menawarkan kadar faedah tetap (di mana faedah adalah tetap sepanjang tempoh pinjaman tidak kira apa jua keadaan pasaran) atau kadar faedah bolehubah (di mana kadar faedah naik atau turun mengikut kadar pasaran). Kadar tetap tidak merisaukan anda sepanjang tempoh pinjaman disebabkan cirinya yang sudah dijangka; manakala kadar bolehubah membolehkan anda membayar dengan jumlah wang yang sedikit bagi pinjaman rumah anda bergantung kepada keadaan pasaran yang sesuai. Dengan pembiayaan semula pinjaman rumah, anda berupaya untuk bertukar daripada satu pakej ke pakej lain yang sesuai bagi strategi-strategi kewangan semasa anda.

Satukan Hutang-hutang Anda

Pemilik-pemilik dengan beberapa hartanah akan bersetuju yang ia adalah satu perkara yang agak susah untuk sentiasa memantau setiap satu akaun pinjaman rumah anda. Jika anda juga membayar balik beberapa pinjaman rumah yang berbeza pada masa yang sama, pelan pembiayaan semula sekali sahaja membolehkan anda untuk menyatukan kesemuanya ke satu akaun, jadi anda akan menerima satu penyata dan membuat satu bayaran setiap bulan. Kepada sesetengah orang: kemudahan ini saja sudah cukup berbaloi untuk mendapatkan pelan pembiayaan semula.


Konsultasi Percuma
Perlukan Nasihat Runding Rumah 
Insuran Takaful, Medikal Kad 
Sila Hubungi Nasri 019 370 2629

2 comments:

  1. (VICK MARA LOAN SYARIKAT)

           (vickmara3@gmail.com)

    Halo saya Puan Vick mara, pinjaman pemberi pinjaman yang sah dan boleh dipercayai kepada pinjaman
    dalam terma dan syarat yang jelas dan boleh difahami pada kadar faedah 2%. dari
    USD $ 12,000 hingga $ 8,000,000, euro dan pound sahaja. Saya memberi pinjaman perniagaan,
    Pinjaman peribadi, pinjaman pelajar, pinjaman kereta dan pinjaman untuk membayar bil. jika awak
    perlukan loana2
       anda perlu lakukan adalah untuk anda menghubungi saya secara langsung
    Dalam: (vickmara3@gmail.com)
    Tuhan merahmati kamu.
    Yang ikhlas,
    Puan: vick mara
    E-mel: (vickmara3@gmail.com)

    Nota: Semua jawapan perlu dihantar ke: (vickmara3@gmail.com)

    ReplyDelete

  2. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Email us:urgentloan22@gmail.com
    Application Form:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....
    Email us (urgentloan22@gmail.com)

    ReplyDelete